SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN

Pada peringkat awalnya, SMK Elopura 2, telah beroperasi dengan menumpang di SK. Mawar, Jln. Sibuga Sandakan pada 02 Januari 2002. Ini kerana projek pembinaan bangunan SMK Elopura 2, yang mula dibina pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2002 hanya diserahkan secara rasminya oleh pihak kontraktor kepada En. Kamal D.E. Quedra, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan seterusnya menyerahkan kepada En.  Noor Hamizam Shah bin  Md.   Nordin  selaku Pengetua SMK Elopura 2,  Sandakan  yang  pertama pada  akhir  tahun  2002. Sekolah   ini    beroperasi di  bangunannya   sendiri  pada 01 Januari  2003.

PENGETUA PERTAMA  

En. Noor Hamizam Shah Md. Nordin dilahirkan di negeri Pahang pada 18 September 1965. Hasil daripada perkahwinannya dengan Puan Munah Nasri, beliau dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri. Beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru pada 03 Mei 1988 di SMK Elopura Bestari, negeri Sabah di Bawah Bayu. Pada 01 November 2002, beliau telah dilantik sebagai pengetua di SMK Elopura 2 sehingga 30 April 2008. Kini beliau merupakan seorang pengetua di SMK Segaliud, Sandakan .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan